Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2020

KBS-MAM- BELIA ENDURANCE CHAMPIONSHIP 2019

Imej
Tahun ini sekali lagi KBS dan MAM menganjurkan Belia Endurance Race, kail ini di Litar Elite Speedway, Subang Jaya pada bulan November 2019 yang lalu. LMC Racing telah menaja minyak motorsikal UMW Grantt Quadra Racing Ester 10W50 kepada salah seorang pelumba. Walaupun telah berjaya menempatkan diri di tempat kedua pada pusingan pertama, namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila mengalami kemalangan dan tidak dapat menamatkan perlumbaan.

LMC RACING DI ADC TERENGGANU 2019

Imej
23 November 2019.  LMC Racing Malaysia berada di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Kuala Terengganu sempena program Monsoon Gathering for Alternative Driving Community (ADC) 2019.  Merakamkan kenangan bersama pengunjung, AJK Program dan  Pemandu Kereta untuk Pertunjukan Drift Program Monsoon Gathering ADC adalah program tahunan dan 2019 merupakan program kali ketiga. Apa yang lebih menarik, program kali ini merupakan program bersama dengan EXCO Belia dan Sukan Terengganu.  Program ini mengumpulkan ahli-ahli kelab kereta negeri dan di sini mereka memperlihatkan kereta-kereta yang telah dibuat pengubahsuaian. LMC Racing berpeluang memperkenalkan produk-produk UMW Grantt dan GEP kepada para pengunjung program. Mereka teruja untuk mendapatkan lebih banyak info tentang produk yang kami bawa dan berminat untuk mencuba. Kepada warga Terengganu yang berminat untuk mendapatkan produk UMW Grantt dan GEP, anda boleh mendapatkannya melalui En Mahathir Mohamad - LM