LMC RACING DI ADC TERENGGANU 2019

23 November 2019.  LMC Racing Malaysia berada di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Kuala Terengganu sempena program Monsoon Gathering for Alternative Driving Community (ADC) 2019.

 Merakamkan kenangan bersama pengunjung, AJK Program dan
 Pemandu Kereta untuk Pertunjukan Drift

Program Monsoon Gathering ADC adalah program tahunan dan 2019 merupakan program kali ketiga. Apa yang lebih menarik, program kali ini merupakan program bersama dengan EXCO Belia dan Sukan Terengganu.  Program ini mengumpulkan ahli-ahli kelab kereta negeri dan di sini mereka memperlihatkan kereta-kereta yang telah dibuat pengubahsuaian.

LMC Racing berpeluang memperkenalkan produk-produk UMW Grantt dan GEP kepada para pengunjung program. Mereka teruja untuk mendapatkan lebih banyak info tentang produk yang kami bawa dan berminat untuk mencuba.

Kepada warga Terengganu yang berminat untuk mendapatkan produk UMW Grantt dan GEP, anda boleh mendapatkannya melalui En Mahathir Mohamad - LMC Racing Malaysia (Terengganu) Manir, Kuala Terengganu.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GRANTT ATF CVT (Gear & Transmission Oil)

RADIATOR COOLANT PRE-MIXED