Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

LMC RACING Di Karnival Sukan UMW 2019

Imej
20 Oktober 2019 bertempat di Institut Penilaian Negara, Kajang, LMC Racing (LMCR) telah membuka booth jualan dan promosi produk UMW Grantt Lubricant dan UMW Advantech (GEP) semasa program Karnival Sukan UMW 2019. LMCR mempamerkan produk minyak enjin Grantt dan beberapa alat ganti keluaran GEP.  Kami juga membawa bersama kereta lumba - Toyota GT 86 dan juga motorsikal yang digunakan oleh LMCR dalam perlumbaan. Pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat tentang produk-produk Grantt dan GEP serta berkesempatan merakam gambar di sisi kereta dan motorsikal lumba LMC Racing. Turut mewarnai booth kami ialah "Ultimate Prime dan Bumble Bee" jadian yang turut dikerumuni anak-anak dan pengujung karnival. Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi singgah di booth kami. Jumpa lagi di lain waktu, lain tempat jika ada kesempatan dan bolehlah dapatkan produk-produk UMW Grantt dan GEP pada harga istimewa. Terima kasih juga kepada UMW Grantt dan UMW Advantech kerana me

LMC Racing di Hari Kerjaya Kolej Vokasional Klang

Imej
LMC Racing telah dipelawa untuk membuka booth jualan dan promosi pada program Hari Kerjaya anjuran Kolej Vokasional Klang pada 19 Oktober 2019. Selain mempamer, memperkenal dan menjual produk minyak enjin UMW Grantt International, kami turut mempromosikan produk UMW Advantech (GEP) iaitu alat ganti kenderaan seperti penapis minyak, penapis udara dan produk lain keluaran GEP iaitu coolant dan minyak brek. LMCR juga menawarkan potongan sebanyak 10% untuk servis kenderaan dan 25% diskaun ke atas pembelian produk pada hari tersebut. LMCR percaya penyertaan kami dalam program pada hari tersebut dapat memperkenalkan lagi produk keluaran UMW di kalangan pengguna khususnya pemilik motorsikal (pelajar) dan pemilik kereta di kalangan guru dan ibu bapa yang hadir.  Terdapat juga beberapa individu yang berminat untuk menyertai LMCR untuk mencari pengalaman dalam bidang automotif.  Semoga penyertaan kami dalam program seumpama ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali

Produk UMW Grantt Sepintas Lalu

Selain minyak enjin untuk kenderaan penumpang (STELLAR), pacuan 4 roda dan kenderaan berat (QUARSAR), UMW Grantt juga menawarkan minyak enjin untuk motorsikal yang dikenali sebagai QUADRA. Enam jenis minyak Quadra di pasaran kini iaitu Syn SAE 10W40, 4T SAE (4 stroke engine) 20W40, SAE 40 dan Quadra 2T (2 stroke engine). Dua jeni yang terbaru ialah 4T 15W-50 SN dan 10W-50 SN Fully Synthetic Racing Ester yang telah dilancarkan pada 4 Mei 2019 yang lalu. Sila ke link granttlubricants.com untuk melihat produk UMW Grantt sepintas lalu.