LMC RACING Di Karnival Sukan UMW 2019




20 Oktober 2019 bertempat di Institut Penilaian Negara, Kajang, LMC Racing (LMCR) telah membuka booth jualan dan promosi produk UMW Grantt Lubricant dan UMW Advantech (GEP) semasa program Karnival Sukan UMW 2019. LMCR mempamerkan produk minyak enjin Grantt dan beberapa alat ganti keluaran GEP.  Kami juga membawa bersama kereta lumba - Toyota GT 86 dan juga motorsikal yang digunakan oleh LMCR dalam perlumbaan.

Pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat tentang produk-produk Grantt dan GEP serta berkesempatan merakam gambar di sisi kereta dan motorsikal lumba LMC Racing.

Turut mewarnai booth kami ialah "Ultimate Prime dan Bumble Bee" jadian yang turut dikerumuni anak-anak dan pengujung karnival.

Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi singgah di booth kami. Jumpa lagi di lain waktu, lain tempat jika ada kesempatan dan bolehlah dapatkan produk-produk UMW Grantt dan GEP pada harga istimewa.

Terima kasih juga kepada UMW Grantt dan UMW Advantech kerana memberi peluang kepada LMC Racing terlibat secara langsung dalam program pada tahun ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LMC RACING DI ADC TERENGGANU 2019

GRANTT ATF CVT (Gear & Transmission Oil)

RADIATOR COOLANT PRE-MIXED