LMC Racing di Hari Kerjaya Kolej Vokasional Klang




LMC Racing telah dipelawa untuk membuka booth jualan dan promosi pada program Hari Kerjaya anjuran Kolej Vokasional Klang pada 19 Oktober 2019. Selain mempamer, memperkenal dan menjual produk minyak enjin UMW Grantt International, kami turut mempromosikan produk UMW Advantech (GEP) iaitu alat ganti kenderaan seperti penapis minyak, penapis udara dan produk lain keluaran GEP iaitu coolant dan minyak brek. LMCR juga menawarkan potongan sebanyak 10% untuk servis kenderaan dan 25% diskaun ke atas pembelian produk pada hari tersebut.

LMCR percaya penyertaan kami dalam program pada hari tersebut dapat memperkenalkan lagi produk keluaran UMW di kalangan pengguna khususnya pemilik motorsikal (pelajar) dan pemilik kereta di kalangan guru dan ibu bapa yang hadir.  Terdapat juga beberapa individu yang berminat untuk menyertai LMCR untuk mencari pengalaman dalam bidang automotif.  Semoga penyertaan kami dalam program seumpama ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali produk Grantt dan GEP dengan lebih dekat lagi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LMC RACING DI ADC TERENGGANU 2019

GRANTT ATF CVT (Gear & Transmission Oil)

RADIATOR COOLANT PRE-MIXED