Catatan

KBS-MAM- BELIA ENDURANCE CHAMPIONSHIP 2019

Imej
Tahun ini sekali lagi KBS dan MAM menganjurkan Belia Endurance Race, kail ini di Litar Elite Speedway, Subang Jaya pada bulan November 2019 yang lalu. LMC Racing telah menaja minyak motorsikal UMW Grantt Quadra Racing Ester 10W50 kepada salah seorang pelumba. Walaupun telah berjaya menempatkan diri di tempat kedua pada pusingan pertama, namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila mengalami kemalangan dan tidak dapat menamatkan perlumbaan.

LMC RACING DI ADC TERENGGANU 2019

Imej
23 November 2019.  LMC Racing Malaysia berada di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Kuala Terengganu sempena program Monsoon Gathering for Alternative Driving Community (ADC) 2019.  Merakamkan kenangan bersama pengunjung, AJK Program dan  Pemandu Kereta untuk Pertunjukan Drift Program Monsoon Gathering ADC adalah program tahunan dan 2019 merupakan program kali ketiga. Apa yang lebih menarik, program kali ini merupakan program bersama dengan EXCO Belia dan Sukan Terengganu.  Program ini mengumpulkan ahli-ahli kelab kereta negeri dan di sini mereka memperlihatkan kereta-kereta yang telah dibuat pengubahsuaian. LMC Racing berpeluang memperkenalkan produk-produk UMW Grantt dan GEP kepada para pengunjung program. Mereka teruja untuk mendapatkan lebih banyak info tentang produk yang kami bawa dan berminat untuk mencuba. Kepada warga Terengganu yang berminat untuk mendapatkan produk UMW Grantt dan GEP, anda boleh mendapatkannya melalui En Mahathir Mohamad - LM

LMC RACING Di Karnival Sukan UMW 2019

Imej
20 Oktober 2019 bertempat di Institut Penilaian Negara, Kajang, LMC Racing (LMCR) telah membuka booth jualan dan promosi produk UMW Grantt Lubricant dan UMW Advantech (GEP) semasa program Karnival Sukan UMW 2019. LMCR mempamerkan produk minyak enjin Grantt dan beberapa alat ganti keluaran GEP.  Kami juga membawa bersama kereta lumba - Toyota GT 86 dan juga motorsikal yang digunakan oleh LMCR dalam perlumbaan. Pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat tentang produk-produk Grantt dan GEP serta berkesempatan merakam gambar di sisi kereta dan motorsikal lumba LMC Racing. Turut mewarnai booth kami ialah "Ultimate Prime dan Bumble Bee" jadian yang turut dikerumuni anak-anak dan pengujung karnival. Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi singgah di booth kami. Jumpa lagi di lain waktu, lain tempat jika ada kesempatan dan bolehlah dapatkan produk-produk UMW Grantt dan GEP pada harga istimewa. Terima kasih juga kepada UMW Grantt dan UMW Advantech kerana me

LMC Racing di Hari Kerjaya Kolej Vokasional Klang

Imej
LMC Racing telah dipelawa untuk membuka booth jualan dan promosi pada program Hari Kerjaya anjuran Kolej Vokasional Klang pada 19 Oktober 2019. Selain mempamer, memperkenal dan menjual produk minyak enjin UMW Grantt International, kami turut mempromosikan produk UMW Advantech (GEP) iaitu alat ganti kenderaan seperti penapis minyak, penapis udara dan produk lain keluaran GEP iaitu coolant dan minyak brek. LMCR juga menawarkan potongan sebanyak 10% untuk servis kenderaan dan 25% diskaun ke atas pembelian produk pada hari tersebut. LMCR percaya penyertaan kami dalam program pada hari tersebut dapat memperkenalkan lagi produk keluaran UMW di kalangan pengguna khususnya pemilik motorsikal (pelajar) dan pemilik kereta di kalangan guru dan ibu bapa yang hadir.  Terdapat juga beberapa individu yang berminat untuk menyertai LMCR untuk mencari pengalaman dalam bidang automotif.  Semoga penyertaan kami dalam program seumpama ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali

Produk UMW Grantt Sepintas Lalu

Selain minyak enjin untuk kenderaan penumpang (STELLAR), pacuan 4 roda dan kenderaan berat (QUARSAR), UMW Grantt juga menawarkan minyak enjin untuk motorsikal yang dikenali sebagai QUADRA. Enam jenis minyak Quadra di pasaran kini iaitu Syn SAE 10W40, 4T SAE (4 stroke engine) 20W40, SAE 40 dan Quadra 2T (2 stroke engine). Dua jeni yang terbaru ialah 4T 15W-50 SN dan 10W-50 SN Fully Synthetic Racing Ester yang telah dilancarkan pada 4 Mei 2019 yang lalu. Sila ke link granttlubricants.com untuk melihat produk UMW Grantt sepintas lalu.

Honda FK8 Type R Track Night

Imej

Quadra Track Day

Imej
UMW GRANTT INTERNATIONAL SDN BHD telah melancarkan minyak pelincir motosikal terbaharu yang dikenali sebagai Quadra pada 4 May 2019 di Litar Elite Speedway. Minyak pelincir motosikal sintetik penuh serba baharu Quadra SAE 10W-50 4T itu diformulasi untuk ‘Performance First’, melepasi standard tertinggi piawaian antarabangsa dengan menggunakan teknologi terb a ru dan formulasi inovatif. Penambahan produk terbaru ini langsung menambahkan penawaran produk Grantt Lubricants Quadra kepada 6 jenis produk minyak pelincir motosikal yang boleh digunakan untuk semua jenis motosikal. (Gambar Sekitar Majlis Pe lancaran )